Saturday, September 26, 2009

Todae mau keluar.. Mau tinted my MBM.. :') Then, hang out with a friend mayb. I've checked my Nuffnang td.. Wahh ade earnings.. Besttt3! Readers, do view my blog again ok? :') Will update later. Thanks!!

Ohhh.. Kat ebay ade jual Malindi Crocs for just RM70.. Murah lah if nak compare kan dgn yg kat kedai kan.. Will grab one nnt.. :')

Todae dudiey, jayla, anne n tasha dtg rumah beraya. Pastu gi rumah jayla.. Sgt kelakar okey? Tak pernah jumpe org hidang kuih raya tak keluarkan dari balang. Susun berjenis2 kuih atas meja panjang.. Siap ade yang berseletape n bersemut lg. :'P Pastu siap keluarkan tilam letak kat ruang tamu utk Anne n Tasha baring2.. Haha~

Friday, September 18, 2009

I quoted this from Utusan Malaysia.com:

Tujuh maut menjelang Syawal - Sabak Bernam


Anggota bomba dan penyelamat berusaha mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam kemalangan maut di Kilometer 60, Jalan Persekutuan Teluk Intan-Klang, dekat Sungai Panjang, Sabak Bernam, semalam.


SHAH ALAM 18 Sept. – Keriangan dua beradik hendak menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Perak bertukar tragedi apabila mereka dan seorang rakan terbunuh dalam kemalangan di laluan dekat Sungai Panjang, Sabak Bernam hari ini.

Mereka ialah Zainuddin Zainal Abidin, 24, dan kakaknya, CT Zubaidah, 25, serta rakan mereka Izura Yusof, 22. Dua beradik itu berasal dari Sri Manjung, Sitiawan manakala Izura pula dari Kamunting, Taiping.

Kemalangan berlaku ketika hujan renyai kira-kira pukul 10.30 pagi. Kereta jenis Peugeot dinaiki tiga mangsa bertembung dengan sebuah lori 12 tan di Kilometer 60, Jalan Persekutuan Teluk Intan-Klang.

Ketua Trafik Selangor, Supritendan Che Hussin Omar memberitahu, kemalangan itu menyebabkan kereta tersebut remuk teruk manakala kepala pemandu kenderaan dikatakan terputus.

“Keadaan jalan ketika itu padat dengan kenderaan yang dalam perjalanan untuk pulang berhari raya. Kereta mangsa dari arah Sekinchan ke Sungai Besar tiba-tiba dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan bertembung dengan lori terbabit.

“Tindakan kereta itu masuk ke laluan bertentangan secara tiba-tiba menyebabkan lori itu tidak sempat mengelak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Che Hussin tidak menolak kemungkinan pemandu kenderaan tersebut mengantuk sehingga hilang tumpuan memandu sebelum terbabit dalam nahas berkenaan.

Tambah beliau, berdasarkan kesan brek di lokasi kejadian, pemandu lori berusia lingkungan 40-an itu cuba memberhentikan kenderaannya bagi mengelak daripada bertembung dengan kereta tersebut, namun gagal.

Katanya, pasukan bomba dan penyelamat yang bergegas ke tempat kejadian terpaksa mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit di dalam kereta.

“Di dalam kereta itu, ditemui beg pakaian mangsa termasuk baju kurung dipercayai mahu digunakan untuk menyambut hari raya nanti,” ujar beliau.

Katanya, kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Sabak Bernam untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengkebumian.

Kawan2. Sedekahkan Al-Fatihah buat kawan kita..Baru jumpe tym buka puasa last week.. :'(

Sunday, September 13, 2009

Yesterdae we had our break fast at Thai Asam Fish, Sek 7, Shah Alam. Actually it was a spontaneous idea by me when Dudiey asked me to join him. I asked Tiey to join us and then we started to ask everyone. And finally we've got around 10 people who want to join us...:') It's our reunion again.. Hasiful & Partners! :'P Hana! Sorry yep!