SHAH ALAM: Seorang jurukimpal di syarikat gali minyak di pantai timur dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas empat tuduhan merogol pelajar tingkatan satu, di sebuah rumah di Rawang, empat bulan lalu. Bagaimanapun, Gordon Adrian Gabriel, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Di hadapan Hakim Hasbi Hasan, pemuda Murut berasal dari Sabah itu didakwa merogol mangsa yang berusia 13 tahun satu bulan di rumah bernombor 4-13 Blok Cempaka Jalan Desa 5/2, Bandar Country Homes, dekat sini. Dia didakwa melakukan perbuatan itu tiga kali iaitu pada 5.30 petang dan 11 malam, pada 25 Jun lalu selain 8 malam keesokan harinya. Di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob, dia didakwa pula merogol remaja itu sekali lagi pada 11 malam, pada 26 Jun lalu. Bagi setiap pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebat. Kedua-dua hakim menetapkan jaminan RM8,000 untuk setiap pertuduhan dengan syarat tambahan perlu melapor diri ke balai polis berhampiran. Selain itu, tertuduh juga diperintahkan tidak menghubungi atau mendekati mangsa. Mahkamah kemudian menetapkan 28 September sebagai tarikh sebutan semula bagi penyerahan dokumen dan melantik peguam. Pada tarikh itu juga, semua kes itu akan disebut serentak di depan Hasbi. Pada prosiding semalam, pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Faridah Nurdinie Bahrum dan Salwa Asmery Abd Rahim.
Thursday, August 26, 2010
Saturday, August 14, 2010
SHAH ALAM – Seorang pemuda Orang Asli dari suku Temuan, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol seorang gadis Melayu dipercayai dengan cara pukau, dua bulan lalu.Roma Irama Mohd Rafi, 25, dituduh merogol mangsa yang juga teman wanitanya berusia 16 tahun 7 bulan pada jam 10 malam, di rumahnya, Kampung Orang Asli Gurney, Hulu Yam Bharu, 25 Jun lalu.Bagaimanapun tiada pengakuan diambil daripadanya yang tidak fasih berbahasa Melayu.Dia yang hanya melakukan kerja-kerja di kampungnya didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Faridah Nurdinie Bahrum.Hakim Hasbi Hasan membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.Sebutan kes pula ditetapkan pada 2 September depan bagi tujuan rekod pengakuan dan mendapatkan jurubahasa orang asli Temuan.'
Subscribe to:
Posts (Atom)