Showing posts with label Prosecutor. Show all posts
Showing posts with label Prosecutor. Show all posts

Thursday, April 14, 2011


Yey! We are going to Genting this weekend! :')
Will have a chance to enter the casino since I have a gambling course there..

Wednesday, February 2, 2011

Penganggur Didakwa Merompak Oleh SALWA SHA’ARI


SHAH ALAM: Seorang penganggur yang dipercayai anggota kumpulan ‘GengMamak’ dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan ke atas seorang peniaga. Mustafa Hashim, 46, yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak bagaimanapun memohon mahkamah memberikan dia sedikit masa untukberfikir sebelum membuat pengakuan terhadap tuduhan itu. "Kalau boleh, saya mohon diberikan masa selama sebulan," katanya yang kelihatan bersahaja sepanjang prosiding berlangsung. Hakim Hasbi Hasan membenarkan permohonan itu, tetapi tidak bersetuju dengan tempoh masa yang terlalu lama dan menetapkan sebutan semula kes pada 9 Februari ini. Hasbi turut membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Faridah Nurdinie Bahrum yang tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh atas alasan dia mempunyai lima rekod kesalahan lampau berkaitan dadah. "Selain itu, kesalahan yang dipertuduhkan juga adalah serius dan melibatkan penggunaan senjata," kata Faridah Nurdinie. Mustafa yang akan menyambut kelahiran anak ketiga tidak lama lagi, didakwa atas tuduhan merompak Tan Keem Guan, 52, pada pukul 1 petang, 5 Mac 2008 di tepi jalan kawasan Alpine Industrial Park, Seksyen 34,di sini. Dia didakwa melakukan kesalahan itu bersama empat lagi rakan subahat yang masih bebas dan telah menggunakan sebilah kapak serta melarikan wang tunai RM1,000 milik mangsa. Tertuduh ditangkap pada 13 Januari lalu dan pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Wednesday, December 29, 2010

2 plead not guilty to beating cop By G. Surachsurach@nst.com.my

SHAH ALAM: A woman and her alleged lover pleaded not guilty at the Sessions Court here yesterday to a charge of injuring her policeman husband last month. Accounts administrator Kasturi Saminathan, 27, and Stevan Athimoloo, 22, were charged with beating Lance Corporal G. Vimal Raj with a piece of wood with the intention to cause serious injuries at a car park in Hulu Yam, Selayang, at 1am on Nov 11. Deputy public prosecutor Faridah Nurdinie Baharum prosecuted while counsel M. Manoharan represented Kasturi and Rajpal Singh appeared for Stevan.Judge Hasbi Hasan fixed bail at RM7,000 with one surety for each accused and set Jan 28 for mention.Both counsel told Hasbi that their clients were allegedly beaten by at least four policemen while being detained at the police station.They said Stevan suffered head and facial injuries while Kasturi suffered injuries on her hands and body.Hasbi then ordered Faridah to facilitate necessary aid to both accused if they wanted to make a police report.Last November, it was reported that Vimal Raj, a policeman based at the Rawang station, was allegedly beaten by his wife and her lover. The policeman was in a coma for a month before regaining consciousness.

Tuesday, November 16, 2010

Selasa November 16, 2010

Tujuh Tahun Balasan Merompak
Oleh SALWA SHA’ARI

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, memerintahkan seorang tukang rumah dipenjarakan selama tujuh tahun selepas mengaku bersalah merompak seorang warga Indonesia.

Hakim Hasbi Hasan memerintahkan tempoh hukuman terhadap Izran Shah Noorshah bermula daripada tarikh dia ditangkap, iaitu 8 Oktober lalu.

Hasbi pada penghakimannya juga menasihatkan tertuduh untuk berubah sikap dan menjadi insan yang lebih bertanggungjawab selepas tamat menjalani hukuman.

“Setiap hari di mahkamah ini ada sahaja kes rompak, sehingga ada orang awam yang menghubungi saya bertanyakan kenapa mahkamah membenarkan ikat jamin kerana tertuduh akan melakukan kesalahan serupa selepas dibebaskan.

“Bagaimanapun, mahkamah tidak akan mengambil kira aduan orang awam dan membuat pertimbangan berdasarkan fakta kes itu sendiri,” katanya lagi.

Berdasarkan pertuduhan pindaan, tertuduh didakwa merompak sebuah telefon bimbit, dua kotak rokok dan wang tunai kira-kira RM250 daripada Irwan Lukman.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 3.30 petang, 6 September lalu di kedai runcit nombor 1464C, Jalan Sungai Buaya-Sungai Choh, Rawang, Hulu Selangor, dekat sini.

Terdahulu, Izran Shah yang baru sahaja dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen berasingan merayu supaya mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan ke atasnya, kerana telah insaf dan menanggung nenek yang uzur.

Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Baharom pula memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal kerana kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah serius.

Wednesday, October 6, 2010

Wireman charged for snatch theft

by MARHALIM ABAS
Malay Mail
Wednesday, October 6th, 2010 13:10:00

SHAH ALAM: An 18-year-old wireman is facing the possibility of being jailed for 14 years for snatching a handbag which only contained a school uniform and an identity card.

R. Sinnappayan was this morning charged at the Sessions Court for stealing the bag belonging to a 16-year-old school girl at an overhead bridge in Taman Indah Perdana, Kepong at 6pm on Sept 29.

Deputy public prosecutor Faridah Nardinie Baharom asked the court not to offer any bail due to public interest as this was a snatch theft case.
She said Sinnappan was being charged Section 392 of the Penal Code which call for a maximum sentence of 14 years and a fine.

However, judge Hasbi Hassan fixed bail at RM7000 with one surety.

She told Sinnappan that if he managed to raise bail, he should not to be involved in any crime pending trial or risk having it revoked.

Hasbi also fixed Nov 8 for mention and told Sinnappan to appoint a lawyer.

At Press time, Sinnappan had yet to raise the bail sum.

Thursday, August 26, 2010

SHAH ALAM: Seorang jurukimpal di syarikat gali minyak di pantai timur dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas empat tuduhan merogol pelajar tingkatan satu, di sebuah rumah di Rawang, empat bulan lalu. Bagaimanapun, Gordon Adrian Gabriel, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Di hadapan Hakim Hasbi Hasan, pemuda Murut berasal dari Sabah itu didakwa merogol mangsa yang berusia 13 tahun satu bulan di rumah bernombor 4-13 Blok Cempaka Jalan Desa 5/2, Bandar Country Homes, dekat sini. Dia didakwa melakukan perbuatan itu tiga kali iaitu pada 5.30 petang dan 11 malam, pada 25 Jun lalu selain 8 malam keesokan harinya. Di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob, dia didakwa pula merogol remaja itu sekali lagi pada 11 malam, pada 26 Jun lalu. Bagi setiap pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebat. Kedua-dua hakim menetapkan jaminan RM8,000 untuk setiap pertuduhan dengan syarat tambahan perlu melapor diri ke balai polis berhampiran. Selain itu, tertuduh juga diperintahkan tidak menghubungi atau mendekati mangsa. Mahkamah kemudian menetapkan 28 September sebagai tarikh sebutan semula bagi penyerahan dokumen dan melantik peguam. Pada tarikh itu juga, semua kes itu akan disebut serentak di depan Hasbi. Pada prosiding semalam, pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Faridah Nurdinie Bahrum dan Salwa Asmery Abd Rahim.

Saturday, August 14, 2010

SHAH ALAM – Seorang pemuda Orang Asli dari suku Temuan, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol seorang gadis Melayu dipercayai dengan cara pukau, dua bulan lalu.Roma Irama Mohd Rafi, 25, dituduh merogol mangsa yang juga teman wanitanya berusia 16 tahun 7 bulan pada jam 10 malam, di rumahnya, Kampung Orang Asli Gurney, Hulu Yam Bharu, 25 Jun lalu.Bagaimanapun tiada pengakuan diambil daripadanya yang tidak fasih berbahasa Melayu.Dia yang hanya melakukan kerja-kerja di kampungnya didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Faridah Nurdinie Bahrum.Hakim Hasbi Hasan membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.Sebutan kes pula ditetapkan pada 2 September depan bagi tujuan rekod pengakuan dan mendapatkan jurubahasa orang asli Temuan.'

Friday, July 30, 2010

'Tak tahu halal haram'
SHAH ALAM: Seorang pemandu yang melakukan sumbang mahram dengan anak tirinya berusia 16 tahun di atas kusyen van di Hentian Rehat Karak, dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Hakim Hasbi Hasan menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh yang berasal dari Balakong dekat sini mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman itu berjalan mulai semalam.

Hasbi dalam alasan penghakimannya, berkata mahkamah perlu mempertimbangkan fakta bahawa kes sumbang mahram yang semakin berleluasa di kalangan masyarakat.

“Sebagai seorang bapa tidak kiralah sama ada bapa kandung atau bapa tiri perlu mendidik dan melindungi anak dan bukannya merosakkan masa depan.

“Saya harap hukuman ini memberi amaran kepada orang yang mempunyai niat sama. Orang kita sekarang sudah tidak kenal halal dan haram,” katanya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram dengan mangsa dalam van di Hentian Rehat Karak, kira-kira jam 11 malam, pada Ogos tahun lalu.

Atas perbuatan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan mengikut akta berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian mangsa menemani tertuduh untuk ke Kuantan bagi menghantar barangan berhubung dengan pekerjaannya.

Dalam perjalanan, tertuduh dikatakan berhenti di hentian lebuh raya dekat Gombak itu, untuk membeli makanan sebelum melakukan perkara keji itu.

Hampir setahun selepas kejadian, mangsa bertindak keluar dari rumah antara 13 dan 16 Julai lalu.

Hanya pada 17 Julai, kakak mangsa yang mengetahui kejadian itu selepas adiknya menceritakan dia dirogol oleh bapa tiri mereka.

Rentetan kejadian itu, kakak mangsa membawa adiknya membuat laporan polis pada hari sama, dan tertuduh ditahan dua hari selepas itu.

Pada prosiding semalam, pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Faridah Nordin.

myMetro
29 Jul 2010


--------------------------------------------------------

My 1st case published on news. :'P
but y Faridah Nordin?
Hahaha!
Wutever~