Kami sekeluarga telah bercuti di Langkawi pada 17-19.12.2012..Kami memilih Langkawi kerana kali terakhir kami ke sini ketika kami kecik lagi..Jadi sebelum pergi ke sana haruslah kami google untuk mencari pakej-pakej yang menawarkan percutian menarik. Kami telah bersetuju untuk mendapatkan khidmat di http://langkawipackages.com/pakej.php .. Pakej ini adalah termasuk feri dari Kuala Perlis ke jeti Kuah, parking berbumbung di jeti Kuala Perlis, penginapan di Langkapuri Inn, sewa kereta, serta Island Hoping.. Mudah amek pakej ni..tak payah nak pening-pening pikir dahhh..
Bergambar sebelum naik feri.. Hengkau hade??
Sampai-sampai kami terus ambil kereta di Pekan Rabu. Pada mulanya nak sewa kereta kelisa je. Tapi sebab kereta kelisa tak dipulang-pulang, so kami sewa je lah kereta viva. Okey juga! Then terus check in di Langkapuri Inn di Pantai Cenang. Best2..betul2 sebelah pantai..Langkapuri Inn ini kami berikan 3 bintang.. Kami pilih penginapan di sini kerana tempatnya yang berada betul2 di pantai dan pada malam hari banyak kedai-kedai yang menjual souvenier untuk kami cuci mata.. Kami ambil bilik garden view sebab yang sea view dah penuh.. Lepas tu terus menuju Underwater World yang terletak lebih kurang 1.5 km je dari tempat kami..
Di Underwater World Langkawi
Kemudian kami ke Makam Mahsuri..Tujuan pergi nak beli souvenier macam fridge magnet, baju dll di sana sebab dari google orang kata kat sana murah.. Tapi rasanya kat tempat lain pun lebih kurang sama je harganya..
Makam Mahsuri - jatuh tergolek waktu ambil gambar ni hokey? Malu3!
Rumah Mahsuri
Keesokan harinya lepas breakfast terus berkumpul di Underwater World dan kemudian menuju ke tempat untuk menaiki bot bagi aktiviti island hopping.. Island hopping ini adalah pergi dari pulau ke pulau.. Mula-mula ke Pulau Dayang Bunting, kemudian ke fish-feeding, eagle-feeding dan akhirnya ke Pulau Beras Basah.. Memang seronok sangat! Isyraq pun terdiam naik bot.. Huhu..Kalau ada rezeki datang lagi, nak pergi lagi Island Hopping ni..
Naik bot Island Hopping
Di fish-feeding
Hari terakhir lepas breakfast kami terus packing barang dan ke pekan kuah dengan alasan nak ambil gambar di Dataran Lang. Rugi rasanya kalau pergi Langkawi tetapi tak jejak kaki di sini.. Kemudian kami ke Pekan Rabu untuk makan tengahari dan pulangkan kereta sewa.. Suka pergi Langkawi untuk shopping pinggan mangkuk. Tapi x boleh beli banyak sebab naik feri dan nak kena dukung Isyraq.. Just boleh sambar set sudu vantage kat Haji Ismail Group je sebab dah lama nak.. Hehe.. And beli barang-barang dan coklat untuk families & lain-lain..
Dataran Lang 2012
Bertolak balik.. Bye-bye Langkawi!
Singgah rumah Tok di Kangar, Perlis, sattt. Seronok Isyraq main ye..
No comments:
Post a Comment