Sunday, October 13, 2013

Keguguran "missed miscarriage"

Beberapa hari sebelum, ketika usia kandungan saya 11 minggu, saya telah membuat scanning di private clinic memandangkan telah 2x scanning sebelum ini dan kami tidak nampak janin baby. Yang cuma kami nampak adalah kantung baby. Pada kali ke3 scanning tersebut doc sahkan adanya janin tetapi doc x dapat detect sebarang heartbeat. Jadi,saya dirujuk ke hospital.

Pada pagi keesokan harinya kami ke Klinik O&G Hospital Selayang. Doc sahkan bahawa baby tiada heartbeat. Dan yang lebih mengejutkan kami ialah kandungan saya adalah kembar (twins). Dan tiada heartbeat bagi kedua-duanya. Doc berikan kami pilihan samada tunggu 1 minggu untuk ia keluar sendiri ataupun melakukan proses D&C (cuci rahim). Memandangkan kandungan kami hanya membesar sehingga 8 minggu (yang mana sepatutnya ialah 11 minggu), kami memilih untuk teruskan dengan proses D&C. Saya diminta untuk hadir semula ke hospital keesokan harinya.

Jam 9 pagi 10.10.2013 saya dimasukkan ke wad dan sekali lagi doc menjalankan scan dan hasilnya ada sama. Bezanya kali ini hubby dibenarkan masuk untuk melihat keadaan kedua2 kantung babies. Perasan kecewa dan sedih pastinya ada pada kedua-dua kami namun kami redha. Mungkin bukan rezeki kami kali ini. Selepas scanning doc telah masukkan ubat bagi tujuan melembutkan dinding rahim supaya ada laluan untuk ia keluar ketika D&C nanti. (Hati siapa yang tidak berdebar kalau tidak pernah melalui saat untuk D&C ini. 2 malam tak dapat tidur + tak lalu makan..) Doc + nurse yang datang semua saya tanya "sakit tak?". Selepas menunggu beberapa jam,saya telah dibawa ke operation theatre. Dan ketika di operation theatre saya telah diberikan full bius dan tidur ketika proses tersebut. Saya hanya dikejutkan selepas selesai proses iaitu ketika ditolak keluar daripada operation theatre. Rasa mual dan pening kerana kesan bius masih ada. Rasa sedikit sakit seperti senggugut period datang perlahan2. Namun selepas hilang kesan bius,rasa sakit senggugut tersebut hilang dan saya telah dibawa ke wad. Jam 9 malam saya dibenarkan pulang ke rumah dan diberikan MC selama 7 hari.

Overall,saya sangat memuji perkhidmatan dan rawatan yang telah diberikan oleh pihak Hospital Selayang. Walaupun ia adalah hospital kerajaan, saya rasakan hospital tersebut sama sepertimana hospital pakar yang ada diluar sana. Walaupun kita terpaksa menunggu sedikit sebelum diperiksa tetapi saya masih berpuas hati.

No comments: